Powered By Blogger

Tuesday, October 27, 2009

Sering Bermimpi Bertemu Dengannya..


Last viewed mama & papa

senyuman terakhir papa

masih ada kekuatan langkahan

Rasanya sudah lama saya tidak menulis dalam blog ini. Bukan tidak mahu meluahkan segalanya, tetapi hanya untuk berkongsi sebahagian daripadanya. Percaya kepada mimpi? Ada segelintir masyrakat mengatakan mimpi itu hanya mainan tidur semata- mata. Namun mimpi adalah sebahagian daripada kehidupan manusia dimana ia juga menggambarkan personaliti diri kita. Mana tidaknya, mimpi merupakan salah satu tajuk yang penting dalam Psikologi & Tingkah Laku Manusia.

Sejak akhir- akhir ini aku sering kali bermimpikan arwah ayahanda yang telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Oktober 2009. Mimpi bertemu di sebuah rumah bercat baru, duduk bebual- bual dengannya, melihat barang- barang yang disukai di laman rumahku sedirian, dan macam- macam perkara yang menggembirakan dan sayu di hati. Pelik, mama sendiri tidak pernah mimpikan arwah papa. Tika aku mingingati semula pengorbanannya terhadap kami sekeluarga, sayu di hati datang. Tiada siapa yang tahu. Hanya melihat kekuatan yang ada pada luaran perwatakanku. Jauh di sudut hati, aku rindukannya...

Dari kecil ayahanda mengajar aku. Subjek yang paling dia suka ajar ialah matematik. Sehingga aku sangat beminat dengan subjek itu. Ayahandaku pernah bekerja sebagai org kanan Ketua Polis di Negeri Kelantan. Oleh sebab itu, dia sangat banggakan ape saja yang berkaitan dengan negeri Kelantan terutama makanan di sini. Banyak pengalaman masa lalunya pernah dikongsi bersama anak- anaknya tika dia sampai di destinasi yang sama. Jika tidak, susah untuknya bercerita. Arwah peramah orangnya. Sangat tegas dan aku sendiri tidak berani membantah keputusannya. Jika dia marah, tangisanku menjadi kelemahannya. Kini tiada lagi leterannya. Tiada lagi kecerewetannya. Dari kecil arwah suka bekerja. Jika tidak bekerja, katanya alamat boleh jadi gilor. ini loghat kelate..

Pemergiannya juga telah menyatukan kami adik beradik. Tanda- tanda akan pemergiannya juga jelas terpapar. Arwah merialisasikan hajatnya bertemu saudara mara yang jauh dan sahabat handai pada minggu hari raya aidilfitri. Jauh kami beraya, sana sini. Sangat cepat ianya berlaku. Kini mama tempat kami mengadu. Hanya ada satu mama...Rumah itu sunyi..tiada lagi sesiapa yang sering menunggu kepulanganku di kerusi di hadapan rumahku. Papa selalu beriadah di situ merenung masa lalu, masa depan anak- anak, membaca paper, dan tempat kami adik beradik diberi nasihat. Gurauan terakhirnya denganku tika hari terakhir aku di rumah. Tika itu, aku mahu berangkat ke kampus. Cap aku menjadi bahan gurauannya. Tiada lagi panggilan Papa...Tiada lagi tangisan untukku .. Hanya kenangan bersama menjadi ingatan..