Powered By Blogger

Tuesday, October 27, 2009

Sering Bermimpi Bertemu Dengannya..


Last viewed mama & papa

senyuman terakhir papa

masih ada kekuatan langkahan

Rasanya sudah lama saya tidak menulis dalam blog ini. Bukan tidak mahu meluahkan segalanya, tetapi hanya untuk berkongsi sebahagian daripadanya. Percaya kepada mimpi? Ada segelintir masyrakat mengatakan mimpi itu hanya mainan tidur semata- mata. Namun mimpi adalah sebahagian daripada kehidupan manusia dimana ia juga menggambarkan personaliti diri kita. Mana tidaknya, mimpi merupakan salah satu tajuk yang penting dalam Psikologi & Tingkah Laku Manusia.

Sejak akhir- akhir ini aku sering kali bermimpikan arwah ayahanda yang telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Oktober 2009. Mimpi bertemu di sebuah rumah bercat baru, duduk bebual- bual dengannya, melihat barang- barang yang disukai di laman rumahku sedirian, dan macam- macam perkara yang menggembirakan dan sayu di hati. Pelik, mama sendiri tidak pernah mimpikan arwah papa. Tika aku mingingati semula pengorbanannya terhadap kami sekeluarga, sayu di hati datang. Tiada siapa yang tahu. Hanya melihat kekuatan yang ada pada luaran perwatakanku. Jauh di sudut hati, aku rindukannya...

Dari kecil ayahanda mengajar aku. Subjek yang paling dia suka ajar ialah matematik. Sehingga aku sangat beminat dengan subjek itu. Ayahandaku pernah bekerja sebagai org kanan Ketua Polis di Negeri Kelantan. Oleh sebab itu, dia sangat banggakan ape saja yang berkaitan dengan negeri Kelantan terutama makanan di sini. Banyak pengalaman masa lalunya pernah dikongsi bersama anak- anaknya tika dia sampai di destinasi yang sama. Jika tidak, susah untuknya bercerita. Arwah peramah orangnya. Sangat tegas dan aku sendiri tidak berani membantah keputusannya. Jika dia marah, tangisanku menjadi kelemahannya. Kini tiada lagi leterannya. Tiada lagi kecerewetannya. Dari kecil arwah suka bekerja. Jika tidak bekerja, katanya alamat boleh jadi gilor. ini loghat kelate..

Pemergiannya juga telah menyatukan kami adik beradik. Tanda- tanda akan pemergiannya juga jelas terpapar. Arwah merialisasikan hajatnya bertemu saudara mara yang jauh dan sahabat handai pada minggu hari raya aidilfitri. Jauh kami beraya, sana sini. Sangat cepat ianya berlaku. Kini mama tempat kami mengadu. Hanya ada satu mama...Rumah itu sunyi..tiada lagi sesiapa yang sering menunggu kepulanganku di kerusi di hadapan rumahku. Papa selalu beriadah di situ merenung masa lalu, masa depan anak- anak, membaca paper, dan tempat kami adik beradik diberi nasihat. Gurauan terakhirnya denganku tika hari terakhir aku di rumah. Tika itu, aku mahu berangkat ke kampus. Cap aku menjadi bahan gurauannya. Tiada lagi panggilan Papa...Tiada lagi tangisan untukku .. Hanya kenangan bersama menjadi ingatan..






Sunday, July 12, 2009

Bahasa Ibunda Bahasa Jiwa Bangsa

I am not good when I writing in Bahasa Melayu. Emm but I can speak by using the best words in Bahasa Melayu.

Saya tidak fasih bercakap dalam Bahasa Inggeris, tetapi saya suka membaca dan belajar dalam Bahasa Inggeris.

I like to speak in English when I in the Omputih situation. I like to speak in rojak language too. Anyway, I try to speak in full English when it is need. I can speak in English with the broken grammar but in my confident way AND, I am not scared to make any mistake when I speak in English. The most important is anyone can hear and concentrate of what I said and understand my topic.

Masa saya di tingkatan 5, saya pernah mengambil tempoh kelewatan peperiksaan percubaan SPM atas masalah kesihatan. Saya mengambil kertas Bahasa Melayu di pejabat guru ketua unit bahasa. Dengan bersemangat saya mengarang 2 buah karangan. Tiba- tiba guru pendidikan seni lukis menegur saya yang sedang mengarang sambil mulut saya berbunyi satu persatu ayat yang saya lakarkan di atas kertas kajang. She said "Afiza, you look sound stupid when you speak while writing the essay. Adakah perlu pelajar pintar mesti bercakap semasa mengarang? I can here and know what you were writed on your paper. Adakah dalam kelas kamu juga begitu?". Saya memberitahu "That was my way. When I sitting in the class and take the exam, my hand will follow what my brain and my mouth said it. See what I will get it". Kemudian guru itu mengatakan "Saya lihat ramai pelajar di kelas belakang- belakang guna cara awak. Adakah awak pelajar yang bodoh sama macam mereka?". Saya hanya tersenyum dan meneruskan karangan saya dengan pelbagai rasa terhadap mereka dan diri saya. Kami sama. Hanya yang beza adalah kemampuan dan cara masing- masing. Hanya Allah saja yang tahu bertapa saya melalui hari- hari kesakitan saya pada sepanjang minggu- minggu peperiksaan. Alhamdullilah saya mendapat keputusan cemerlang bagi matapelajaran itu. Selepas itu saya pergi berjumpa guru itu. Saya menyuruh guru itu membaca karangan saya. Sejurus itu dia tersenyum dan terus mendakap saya. Saya mengucapkan terima kasih cikgu hingga sebak datang secara tidak sengaja. Di sana saya bermula, di sana saya berhenti, dan di sini saya meneruskannya.

EOSH vs KPP

Aku baru balik dari unit UKKP USM. Agak buzy. Tujuan aku ke sana adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai peresentation for convex bulan ogos ini dan menyelesaikan beberapa projek dibawah sekretariat EOSH USM.

Baru2 ini aku tidak menyaran ahli2 course Kesihatan Persekitaran & Perkerjaan memperkanalkan dan menyebut course ni dgan panggilan KPP kerana time cuti sem baru ini aku ade terbaca dalam akhbar Sinar Harian laman politik. Secara tidak sengaja, aku terjumpe aritkel mengenai Kumpulan Penyokong Pas(KPP).Oleh itu,KPP boleh disalah ertikan sebagai Kumpulan Penyokong Pas(KPP) dalam sektor politik. Jadi aku menyarankan kepada ahli- ahli supaya menggunakan EOSH sebagai singkatan kpd course Environmental & Occupational Safety and Health Science. Oleh itu kami akan lebih giat memperkenalkan Sekritariat EOSH di mata masyrakat mahasiswa,mahasiswi,staff usm dan masyarakat di luar sane.

Pada 25 Julai 2009 kami akan menjalankan program yang di beri nama Mesra Lestari bersama anak2 yatim dan kanak2 yang tinggal di kampung yang berhampiran. Dijangka seramai 40-60 kanak2 sekitar kg itu akna hadir di rumah anak yatim tersebut. Seramai 25 anak- anak yatim yang juga merupakan pelajar- pelajar Tahfiz akan menyertai program terdebut. Kami akan mejalankan aktiviti yang lebih menjurus kepada kesihatan manusia dan kesihatan persekitaran. Perancangan pada mulanya hanya kecil- kecil sahaja. Namun tidak semena-mena program ini akan menjadi program yang agak besar bagi penubuhan sekretariat ini. Harap- harap program ini akan menjadi satu sejarah utama dalam permulaan penubuhan sekretariat EOSH USM.