Powered By Blogger

Tuesday, January 5, 2010

5 Langkah Keselamatan Sani Express

Pada 26 Disember 2009 adalah tarikh yang meninggalkan kesan mendalam terutama kepada ahli keluarga masing- masing kerana kehilangan orang tersayang. Tragedi ini meninggalkan tahun 2009 dengan perasaan simpati dan menyayat hati bagi semua masyarakat kita di mana sebuah bas dua tingkat milik syarikat Sani Express terbabas di kilometer 272.8 Lebuhraya Utara- Selatan, dekat Ipoh sebelum melanggar pembahagi jalan mengakibatkan 10 penumpang maut, manakala 38 yang lain termasuk 2 pemandu selamat.

Permit bas express dua tingkat terbabit yang bernombor pendaftaran WSX 5010 telah dibatalkan dan syarikat Sani Express turut diberi tempoh selama sebulan untuk mempertingkatkan sistem pengurusan pemandunya. Berdasarkan pertuduhan, Mohd Kamil didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987(pindaan) 1999 dan boleh di hukum di bawah seksyen yang sama.

Siapakah yang patut dipersalahkan dalam tragedi ini? Pemandu atau pihak pentadbiran atau siapa? Kadang- kadang malang tidak berbau. Masyarakat juga tidak boleh meletakkan kesalahan itu di bahu pemandu bas itu sepenuhnya kerana sebagai manusia kita tidak mampu melawan takdir. Namun, walaubagaimanapun keselamatan perlu diutamakan walau dimana sahaja kita berada. Kemalangan boleh dielakkan sekiranya majikan dan pekerja menitik beratkan soal- soal keselamatan.

Ternyata keutamaan terhadap sistem keselamatan kesihatan pekerjaan di negara kita dalam mana- mana sektor industri, pengangkutan, pembinaan, perkilangan dan sebagainya di negara kita ini masih lemah dan kurang diberikan perhatian. Telah banyak kes yang melibatkan keselamatan pekerja dan orang awam menjadi isu- isu di dada akhbar. Antaranya ialah runtuhan Stadium Gong Badak di Terengganu, runtuhan bangunan- bangunan lama, kebocoran gas ammonia dan klorin, kemalangan melibatkan pengangkutan awam, jerebu, pemanasan global,banjir kilat dan sebagainya. Sedarlah wahai masyarakat, usahlah kita asyik menunding jari. Renung- renungkanlah. Nyawa amat berharga pada diri kita dan orang lain. Usah kita mengamalkan peribahasa 'Sudah Terhantuk Baru Terngadah'. Kelak imej diri kita, prinsip kita, negara kita tercemar di mata masyarakat lain.

Berikut adalah lima langkah segera dan jangka panjang Dani Express:

1. Mewujudkan unit baru iaitu Jabatan Keselamatan dan Penguat Kuasa yang memberi tumpuan kepada penguatkuasaan peraturan syarikat terhadap pemandu selari kehendak peraturan lalu lintas negara. Ia diketuai Pengurus Keselamatan dan Penguat Kuasa dan dibantu oleh 8 Pembantu Keselamatan dan Penguat Kuasa.

2. Menugaskan petugas ke-3 dalam bas yang mirip pelayan bagi membantu keselesaan penumpang dan menemani pemandu sepanjang perjalanan.

3. Melengkapkan CCTV di semua bas 2 tingkat seperti yang disaran oleh polis trafik.

4. Pemandu diminta berhenti di kawasan rehat selama 15 minit selepas 2 jam perjalanan.

5. Penghargaan diwujudkan untuk diberikan kepada pemandu terbaik setiap bulan berdasarkan maklum balas orang ramai. (Harian Metro, 6 januari 2010)

Kelab Bola Sepak USM(USM FC)

Umumnya kita tahu bahawa majoriti masyarakat kita gemar menyaksikan perlawanan bola sepak tidak kira samaada kelab bola sepak itu datangnya dari tempatan mahupun luar negara/antarabangsa. Golongan lelaki adalah antara kumpulan yang sangat fanatik terhadap bola sepak. Tidak kurang juga golongan wanita turut menjadi sumber inspirasi kepada meraka. Jika kita lihat di kampus USMKK desasiswa yang dihuni wanita adalah antara yang paling fanatik dan ditambah lagi dengan sorakan dari kaum2 adam.

Tahniah kepada Universiti Sains Malaysia kerana universiti ini akan menjadi institusi pengajian tinggi awam pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia yang akan menyertai Liga Perdana . Ini merupakan suatu pencapaian yang amat membanggakan terutama kepada Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak kerana langkah ini adalah antara yang terbaik dalam usaha mempromosikan sukan bola sepak di kampus.

'MEMASTIKAN KELESTARIAN HARI ESOK'

Sunday, January 3, 2010

Occupational Safety & Health Act 1994@OSHA 1994

Akta ini di bawah pengawasan Kementerian Sumber Manusia iaitu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP)/ Department of Occupational Safety and Health (DOSH). Berkuatkuasa mulai 25/02/1994.

FALSAFAH & PRINSIP OSHA 1994

1. Mempunyai tanggunjawab keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak di atas mereka yang bekerja(pekerja) dengan bahaya tersebut dan mereka yang mewujudkan bahaya tersebut(majikan).

2. Memupuk komitmen majikan dan pekerja mebendung kemalangan dan penyakit pekerjaan.

3. Tidak melupuskan akta sedia ada.

4. Memperkemaskan akta yang sedia ada.

5. Sedia rangka perundangan bermutu tinggi.

6. Jangka panjang menghasilkan budaya kerja selamat dan sihat.

7. Self- Regulation.

8. Consultation.

9. Cooperation.

10. Melindungi orang lain terhadap risiko keselamatan atau kesihatan berkaitan aktiviti orang sedang bekerja.

11. Mengadakan suatu mekanisma ke arah satu sistem perundangan yang berasaskan kepada peraturan dan tata amalan industri yang diluluskan disamping peruntukan akta ini bagi memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.

KANDUNGAN OSHA 1994
Act
15 Part
67 Section
Subsection
3 Schedule
7 Regulation
2 Order
Guideline
Code Of Practice

JOB CLASSIFICATION,OSHA 1994
1st Schedule, Section 1(2)

1. Manufacturing
2. Mining and Quarrying
3. Construction
4. Agriculture, Forestry and Fishing
5. Electricity, Gas, Water and Sanitary Services
6. Transport, Storage and Communication
7. Wholesale and Retail Trades
8. Hotels and Restaurants
9. Finance, Insurance, Real Estate and Business Services
10. Public Services and Statutory Authorities

Environmental & Occupational Health Programme

Overview

The program of Environmental and Occupational Health [Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan (KPP)] is offered by School of Health Sciences, University Science Malaysia (SHS-USM) to Malaysian and international students as a full time eight semesters undergraduate academic program. Students will be awarded Bachelor Degree of Health (Environmental and Occupational Health) upon successful completion of the program.

This program emphasizes knowledge in field of biomedical as a competitive advantage, which enables graduates to communicate effectively with medical professionals involved in treatment and rehabilitation of individuals suffering environmental and occupational related diseases. The program was designed and developed with care to fulfill the specific needs of potential employers, regulators and modern society in general and the graduates will be trained on international quality management systems, e.g. ISO9001, ISO14001, OSHAS18000, ILO-OSH 2001 and MS 1722: 2003.

Students will be expose to knowledge in the field of quantitative chemistry with special attention on skill of handling analytical instruments in quantifying pollutants in outdoors and indoors samples, independently. Student will also gain real life experience through an 8 months Smart Partnership scheme establish between SHS-USM, industries and government institutions.

Graduate Prospect

Career opportunities for graduate of the Environmental and Occupational Health program are wide (public and private sectors, industries and NGO’s) in Malaysia and in other countries. This include:
      1. Health and Safety officers, Environmental Health Officer and Safety Supervisor.

      2. EMS Engineer, EHS Executives, Health Promotion Officer and Operation Officer

      3. Training Officer and Marketing Executives

      4. Scientific or Research Officers at institutions of higher learning and research

      5. Tutors/Lecturers at public and private institutions of higher learning. Graduates can also register as graduate students and possibly join as teaching staff in Higher Education institution.

      (sumber: http://www.ppsk.usm.my)

Perlukah Subsidi Harga Gula?


Kurangkan Gula Dalam Minuman, Lebihkan Kemanisan Dalam Senyuman

Duduknya saya di kerusi mengadap laptop untuk melayari internet dengan perasaan tenang sambil berbekalkan nasi goreng tomyam + telur dadar. Sebelum saya makan malam, sempat juga saya menyediakan satu jug air tae'O' panas sebagai minuman malam saya. Terlintas di fikiran untuk menulis di laman blog saya ini berkenaan gula selepas saya terbaca artikel harga gula naik. Kebetulan saya juga mempunyai simpanan gula di dalam bilik. Sudah pasti air tae 'O' saya ini sedap rasanya. Tidak manis sangat dan tidak tawar. Sedang- sedang saja. Terlintas pula apa akan jadi kalau kita tidak masukkan gula dalam tae 'O' ini. Hemrr..

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat Malaysia sama-sama berfikir apakah perlu kerajaan terus memberikan subsidi harga gula, satu bahan makanan yang ternyata boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.(sumber: Berita Harian, 3 Januari 2010)

Sedarlah wahai masyarakat kita bahawa kerajaan membelanjakan hampir RM1 bilion setiap tahun untuk subsidi harga gula. Namun bilangan pesakit kencing manis di negara ini adalah antara yang tertinggi di dunia. Sedia maklum bahawa rakyat di negeri Kelantan memang terkenal dengan masakan yang manis- manis sehinggakan pernah suatu ketika dahulu dalam tahun 2009 berlaku krisis harga gula melambung tinggi. Masalah ini turut dirasai oleh warga kampus USM serta diri saya sendiri di mana kami sukar mendapatkan bekalan gula di sekitar Kubang Kerian dan Kota Bharu. Hampir kesemua kedai di kawasan ini turut kehabisan stok. Keadaan ini turut di rasai di kebanyakan negeri di Malaysia. Negeri Kelantan boleh dianggap antara yang kronik. Tidak dapat di sangkal lagi sesungguhnya gula merupakan antara bahan yang amat penting dalam masakan masyarakat kita di Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram yang diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkuat kuasa 1 Januari yang turut disifatkan ramai pihak sebagai "hadiah" tahun baru kepada rakyat. Beliau turut menegaskan sekalipun berlaku kenaikan harga gula, harga bahan berkenaan sebenarnya masih murah di negara ini berbanding negara Asean yang lain.

Apa Dia Penyakit Kencing Manis?

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.(sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)









Friday, January 1, 2010

Wajah Baru

Assalamualaikum w.b.t kepada dunia. Tahun baru pada kali ini sudah pastinya memberi beribu makna kepada semua insan manusia yang ada di atas muka bumi ini. Alhamdulillah kita masih bertemu. Semoga panjang umur dan di murahkan rezeki. Berbuat baiklah kepada orang lain, insyaallah orang lain akan berbuat baik kepada kita. Ungkapan inilah menjadi salah satu pegangan aku sejak aku mengenal dunia. Ungkapan ini juga adalah pesanan Papa. Jika niat kita baik suatu hari nanti pasti kita akan mendapat ganjaranya. Sudah pasti tahun baru ini 2010, semua orang mempunyai azamnya yang tersendiri. Semoga semua akan berusaha bersungguh- sungguh untuk mencapai impian masing- masing.

2009 viewed about me

Disember 2009, (3PLSUBM) Pahang

20 Nov 2009, Fuji Hi-Tech Park Kulim

19 Nov 2009, Final Exam sem3

Oktober 2009, tarian HTD

Ogos 2009, construction site field work at USMKK

11 Ogos 2009, convex USM induk

25 Julai 2009, rumah anak yatim

2 April 2009, final OSPEE sem 2

2 April 2009, final OSPEE sem 2

12 March 2009, Teater di USM induk

21 Feb 2009, Biodiversity sampling at Sg. Pengkalan Chepa

14 Feb 2009, Ecology sampling at Sg. Keladi