Powered By Blogger

Tuesday, January 5, 2010

Kelab Bola Sepak USM(USM FC)

Umumnya kita tahu bahawa majoriti masyarakat kita gemar menyaksikan perlawanan bola sepak tidak kira samaada kelab bola sepak itu datangnya dari tempatan mahupun luar negara/antarabangsa. Golongan lelaki adalah antara kumpulan yang sangat fanatik terhadap bola sepak. Tidak kurang juga golongan wanita turut menjadi sumber inspirasi kepada meraka. Jika kita lihat di kampus USMKK desasiswa yang dihuni wanita adalah antara yang paling fanatik dan ditambah lagi dengan sorakan dari kaum2 adam.

Tahniah kepada Universiti Sains Malaysia kerana universiti ini akan menjadi institusi pengajian tinggi awam pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia yang akan menyertai Liga Perdana . Ini merupakan suatu pencapaian yang amat membanggakan terutama kepada Naib Canselor USM, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak kerana langkah ini adalah antara yang terbaik dalam usaha mempromosikan sukan bola sepak di kampus.

'MEMASTIKAN KELESTARIAN HARI ESOK'

No comments:

Post a Comment