Powered By Blogger

Tuesday, January 5, 2010

5 Langkah Keselamatan Sani Express

Pada 26 Disember 2009 adalah tarikh yang meninggalkan kesan mendalam terutama kepada ahli keluarga masing- masing kerana kehilangan orang tersayang. Tragedi ini meninggalkan tahun 2009 dengan perasaan simpati dan menyayat hati bagi semua masyarakat kita di mana sebuah bas dua tingkat milik syarikat Sani Express terbabas di kilometer 272.8 Lebuhraya Utara- Selatan, dekat Ipoh sebelum melanggar pembahagi jalan mengakibatkan 10 penumpang maut, manakala 38 yang lain termasuk 2 pemandu selamat.

Permit bas express dua tingkat terbabit yang bernombor pendaftaran WSX 5010 telah dibatalkan dan syarikat Sani Express turut diberi tempoh selama sebulan untuk mempertingkatkan sistem pengurusan pemandunya. Berdasarkan pertuduhan, Mohd Kamil didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987(pindaan) 1999 dan boleh di hukum di bawah seksyen yang sama.

Siapakah yang patut dipersalahkan dalam tragedi ini? Pemandu atau pihak pentadbiran atau siapa? Kadang- kadang malang tidak berbau. Masyarakat juga tidak boleh meletakkan kesalahan itu di bahu pemandu bas itu sepenuhnya kerana sebagai manusia kita tidak mampu melawan takdir. Namun, walaubagaimanapun keselamatan perlu diutamakan walau dimana sahaja kita berada. Kemalangan boleh dielakkan sekiranya majikan dan pekerja menitik beratkan soal- soal keselamatan.

Ternyata keutamaan terhadap sistem keselamatan kesihatan pekerjaan di negara kita dalam mana- mana sektor industri, pengangkutan, pembinaan, perkilangan dan sebagainya di negara kita ini masih lemah dan kurang diberikan perhatian. Telah banyak kes yang melibatkan keselamatan pekerja dan orang awam menjadi isu- isu di dada akhbar. Antaranya ialah runtuhan Stadium Gong Badak di Terengganu, runtuhan bangunan- bangunan lama, kebocoran gas ammonia dan klorin, kemalangan melibatkan pengangkutan awam, jerebu, pemanasan global,banjir kilat dan sebagainya. Sedarlah wahai masyarakat, usahlah kita asyik menunding jari. Renung- renungkanlah. Nyawa amat berharga pada diri kita dan orang lain. Usah kita mengamalkan peribahasa 'Sudah Terhantuk Baru Terngadah'. Kelak imej diri kita, prinsip kita, negara kita tercemar di mata masyarakat lain.

Berikut adalah lima langkah segera dan jangka panjang Dani Express:

1. Mewujudkan unit baru iaitu Jabatan Keselamatan dan Penguat Kuasa yang memberi tumpuan kepada penguatkuasaan peraturan syarikat terhadap pemandu selari kehendak peraturan lalu lintas negara. Ia diketuai Pengurus Keselamatan dan Penguat Kuasa dan dibantu oleh 8 Pembantu Keselamatan dan Penguat Kuasa.

2. Menugaskan petugas ke-3 dalam bas yang mirip pelayan bagi membantu keselesaan penumpang dan menemani pemandu sepanjang perjalanan.

3. Melengkapkan CCTV di semua bas 2 tingkat seperti yang disaran oleh polis trafik.

4. Pemandu diminta berhenti di kawasan rehat selama 15 minit selepas 2 jam perjalanan.

5. Penghargaan diwujudkan untuk diberikan kepada pemandu terbaik setiap bulan berdasarkan maklum balas orang ramai. (Harian Metro, 6 januari 2010)

No comments:

Post a Comment