Powered By Blogger

Thursday, March 11, 2010

SEKRETARIAT EOSH (ENVIRONMENTAL & OCCUPATIONAL SAFETY & HEALTH) USMKK MENGANJURKAN PROGRAM “JOM BOWLING 2010”

Oleh Nor Afiza Mohamed, Setiausaha Jom Bowling 2010

KOTA BHARU: ‘Open Tournament’ program ‘Jom Bowling 2010’ anjuran Sekretariat EOSH, Persatuan Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan yang telah berlangsung pada 9 Mac 2010 mendapat sambutan yang baik dalam kalangan staf dan para pelajar universiti walaupun Sekretariat EOSH baru setahun menapak di Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan(USMKK). Sekretariat EOSH dikelolakan sepenuhnya oleh pelajar- pelajar daripada program Kesihatan Persekitaran & Pekerjaan(KPP) yang juga merupakan program yang baru diwujudkan di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, USMKK bermula sesi pengambilan sulung 2008/2009.

Peserta gabungan staf dan pelajar daripada kumpulan Drama King yang dianggotai oleh Norfaizal, Mohd Helmy Khalid, Nurul Azuar, dan Mohd Zaki Zainon muncul juara kategori berkumpulan Jom Bowling 2010 musim pertama dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1973 sekali gus membawa pulang hadiah hamper dan trofi kejuaraan. Tempat kedua dimenangi peserta yang dianggotai oleh staf daripada unit Otorhinolaryngology(ORL) Hospital Universiti Sains Malaysia(HUSM) iaitu Dr. Arif, Dr. Zulkifli, En. Shamsul Nizam dan En. Fauzi Idris dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1939, manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh staf daripada Unit Kejuruteraan HUSM yang dianggotai oleh En. Razani Sulaiman, En. Salmizi Ismail, En. Nazri Hussin dan En. Mazlan Mahmood dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 1919. Raja Bowling pada pertandingan ‘Jom Bowling 2010’ dirangkul oleh pelajar USMKK, Norfaizal dari kumpulan Drama King manakala bagi Ratu Bowling pula dimenangi oleh Pn Noor Hayati Mohammad daripada Kumpulan HNZ’S dengan jatuhan pin masing- masing sebanyak 556 dan 388. Hadiah telah disampaikan oleh Pengarah ‘Jom Bowling 2010’, Mohd Shah Hafizhin Bin Aminuddin.

Program ini pertama kali melibatkan pelajar dan staf USMKK. Dalam konteks pusat pengajian, pelajar dapat mengurangkan masalah tekanan semasa belajar dengan bersukan begitu juga dengan staf yang sering kali berhadapan dengan tekanan di tempat kerja. Bersukan merupakan gaya hidup yang sihat dimana ia terbukti membantu mengurangkan masalah kesihatan kepada manusia. Oleh itu, Sekretariat EOSH mengambil inisiatif untuk menganjurkan Program ‘Jom Bowling 2010’ bagi melahirkan pelajar dan staf USMKK yang bermutu, berkualiti dan sihat dalam semua aspek kehidupan.

Menurut En. Hafiz Assad Zakaria, Ketua Penolong Pendaftar, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar, USMKK, “Berdasarkan kepada cabaran dan tanggungjawab pelajar dalam membentuk pemikiran kritis dan ke arah melahirkan professional kesihatan dalam bidang KPP yang berkualiti, beliau berharap agar program seumpama ini dapat dijalankan pada tahun-tahun yang akan datang bagi melahirkan siswazah yang dinamik, professional dan peka terhadap masyarakat sekitarnya”.

Penganjuran ‘Jom Bowling 2010’ ini adalah satu langkah yang baik bukan sahaja untuk mewujudkan persaingan yang sihat antara staf dan pelajar USMKK malah merapatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan pelajar dan staf USMKK dalam menjalani aktiviti sukan bersama- sama. Program ini juga jelas dapat memupuk semangat perpaduan setiap peserta untuk aktif bersukan dan mempamerkan sokongan kepada persatuan sejajar matlamat universiti untuk memupuk kelestarian dan kepimpinan.

No comments:

Post a Comment