Powered By Blogger

Sunday, January 3, 2010

Perlukah Subsidi Harga Gula?


Kurangkan Gula Dalam Minuman, Lebihkan Kemanisan Dalam Senyuman

Duduknya saya di kerusi mengadap laptop untuk melayari internet dengan perasaan tenang sambil berbekalkan nasi goreng tomyam + telur dadar. Sebelum saya makan malam, sempat juga saya menyediakan satu jug air tae'O' panas sebagai minuman malam saya. Terlintas di fikiran untuk menulis di laman blog saya ini berkenaan gula selepas saya terbaca artikel harga gula naik. Kebetulan saya juga mempunyai simpanan gula di dalam bilik. Sudah pasti air tae 'O' saya ini sedap rasanya. Tidak manis sangat dan tidak tawar. Sedang- sedang saja. Terlintas pula apa akan jadi kalau kita tidak masukkan gula dalam tae 'O' ini. Hemrr..

Hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengajak rakyat Malaysia sama-sama berfikir apakah perlu kerajaan terus memberikan subsidi harga gula, satu bahan makanan yang ternyata boleh mendatangkan kemudaratan kepada rakyat.(sumber: Berita Harian, 3 Januari 2010)

Sedarlah wahai masyarakat kita bahawa kerajaan membelanjakan hampir RM1 bilion setiap tahun untuk subsidi harga gula. Namun bilangan pesakit kencing manis di negara ini adalah antara yang tertinggi di dunia. Sedia maklum bahawa rakyat di negeri Kelantan memang terkenal dengan masakan yang manis- manis sehinggakan pernah suatu ketika dahulu dalam tahun 2009 berlaku krisis harga gula melambung tinggi. Masalah ini turut dirasai oleh warga kampus USM serta diri saya sendiri di mana kami sukar mendapatkan bekalan gula di sekitar Kubang Kerian dan Kota Bharu. Hampir kesemua kedai di kawasan ini turut kehabisan stok. Keadaan ini turut di rasai di kebanyakan negeri di Malaysia. Negeri Kelantan boleh dianggap antara yang kronik. Tidak dapat di sangkal lagi sesungguhnya gula merupakan antara bahan yang amat penting dalam masakan masyarakat kita di Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram yang diumumkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkuat kuasa 1 Januari yang turut disifatkan ramai pihak sebagai "hadiah" tahun baru kepada rakyat. Beliau turut menegaskan sekalipun berlaku kenaikan harga gula, harga bahan berkenaan sebenarnya masih murah di negara ini berbanding negara Asean yang lain.

Apa Dia Penyakit Kencing Manis?

Penyakit kencing manis adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pancreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa. Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.(sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)









No comments:

Post a Comment